Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 — 2004 May/June Paper 2 · Variant 1
0546/21/M/J/04
The question paper and its mark scheme, free to read here and free to download. This is Cambridge’s own paper, exactly as it was sat.
Question paper16 pages
















Mark scheme
No mark scheme is in the library for this paper.
Paper as text
Question paper, page 1
This document consists of 14 printed pages and 2 blank pages. SP (CW/KS) S61902/3 © UCLES 2004 [Turn over UNIVERSITY OF CAMBRIDGE INTERNATIONAL EXAMINATIONS International General Certificate of Secondary Education FOREIGN LANGUAGE MALAY 0546/02 Paper 2 Reading and Directed Writing May/June 2004 1 hour 30 minutes Candidates answer on the Question Paper. No Additional Materials are required. READ THESE INSTRUCTIONS FIRST Write your Centre number, candidate number and name on all the work you hand in. Write in dark blue or black pen in the spaces provided on the Question Paper. Do not use staples, paper clips, highlighters, glue or correction fluid. Answer all questions in Section 1 and Section 2. You may also attempt Section 3. The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each question or part question. At the end of the examination, fasten all your work securely together. Centre Number Candidate Number Name If you have been given a label, look at the details. If any details are incorrect or missing, please fill in your correct details in the space given at the top of this page. Stick your personal label here, if provided. For Examiner’s Use Section 1 Section 2 SUB-TOTAL Section 3 TOTAL www.XtremePapers.com
Question paper, page 2
2 0546/02/M/J/04 Bahagian 1 Latihan 1 Soalan 1–5 Pilih jawapan yang betul untuk soalan-soalan di bawah ini: 1 Anda berada di stesen kereta api dan anda mahu membeli tiket. Ke manakah anda akan pergi? kaunter tandas awam restoran toko akhbar [1] 2 Di sebuah kedai anda nampak notis ini: Tawaran ini dibuat untuk produk apa? [1] 3 Bangunan-bangunan yang sangat tinggi dipanggil... panggung wayang. pencakar langit. banglo. berek. [1] Potongan sebanyak 50% pada harga beg For Examiner’s Use © UCLES 2004 A B C D A B C D A B C D A C D B
Question paper, page 3
3 0546/02/M/J/04 [Turn over 4 Apabila seseorang itu mahu mencari jalan ke sesebuah bandar, dia akan merujuk... peta. rajah. buku. kamus. [1] 5 Anak yang paling terakhir di dalam sesebuah keluarga dipanggil... anak tiri. anak angkat. anak bongsu. anak emas. [1] [Jumlah: 5 markah] For Examiner’s Use © UCLES 2004 A B C D A B C D
Question paper, page 4
4 0546/02/M/J/04 Latihan 2 Soalan 6–10 Sebuah majalah pelajar bertanya para pembacanya bagaimana mereka pergi ke sekolah. Berikut ialah jawapan mereka: Fadzil: Saya percaya adalah penting untuk menjaga kebersihan udara dan alam sekitar. Jadi saya lebih suka mengayuh basikal ke sekolah. Emirah: Kami tinggal di kampung. Jadi perjalanan saya ke sekolah mengambil masa sejam setiap hari. Saya mengayuh basikal ke stesen dan kemudian naik kereta api ke sekolah. Dewi: Pada setiap hari Isnin dan Khamis, saya ada latihan muzik. Saya menaiki bas ke sekolah kerana violin saya berat. Chiew Yuan: Ibu bapa saya keluar bekerja terlalu awal. Jadi saya menaiki teksi ke sekolah setiap hari. Brenda: Saya berjalan ke rumah kawan saya. Kemudian kami menaiki kereta ibunya ke sekolah. Ali: Rumah saya tidak jauh dari sekolah. Saya berjalan ke sekolah setiap hari. For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 5
5 0546/02/M/J/04 [Turn over Padankan nama pelajar dengan gambar yang betul. 6 … [1] 7 … [1] 8 … [1] 9 … [1] 10 … [1] [Jumlah: 5 markah] For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 6
6 0546/02/M/J/04 Latihan 3 Soalan 11–15 Baca pengumuman ini yang diterbitkan dalam sebuah majalah pelajar dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya: Tandakan betul atau salah. Betul Salah 11 Hadiah yang akan diberikan adalah dalam bentuk cek dan pingat. [1] 12 Para pelajar yang berumur 10 tahun terlalu muda untuk menyertai pertandingan ini. [1] 13 Para pelajar boleh menyertai salah satu kategori sahaja. [1] 14 Lima orang ibu bapa akan dipilih untuk menjadi pengadil. [1] 15 Penulisan yang berjaya dalam pertandingan ini akan diterbitkan dalam Majalah Pelajar. [1] [Jumlah: 5 markah] Sempena perayaan Hari Kebangsaan tahun depan, para pelajar yang berminat diminta menyertai pertandingan menulis sajak, pantun dan cerpen yang bertema: “Negara Kebanggaanku” Pemenang-pemenang dari setiap kategori akan menerima hadiah lumayan dalam bentuk wang tunai. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut: • Umur – 12-16 tahun. • Setiap pelajar hanya boleh menghantar sumbangan untuk satu kategori sahaja. • Tarikh terakhir untuk sumbangan – 20 Mac 2005. Para pengadil terdiri daripada lima orang Guru Besar dari beberapa sekolah menengah di daerah ini. Semua karya yang berjaya akan diterbitkan dalam Majalah Pelajar. For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 7
7 0546/02/M/J/04 [Turn over Latihan 4 Soalan 16 16 Anda telah ditanya jalan untuk pergi ke Pekan Alor Sena dari Kuala Muda. Lihat peta di bawah dan terangkan cara untuk pergi ke sana. Terangkan apa yang akan orang itu nampak. Beri arah jalan. … … … … … [Jumlah: 5 markah] KUALA MUDA MASJID SEKOLAH Padang permainan Padang bola Pejabat kerajaan Kawasan Perumahan SUNGAI MUDA Pekan Alor Sena For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 8
8 0546/02/M/J/04 Bahagian 2 Latihan 1 Soalan 17–23 Baca cerita berikut ini dan jawab soalan-soalannya: Ali dan ibu bapanya hidup dalam keadaan miskin. Bagaimanapun, Ali seorang anak yang baik dan dia tidak pernah merasa kecewa. Dia tahu bahawa kalau ibu bapanya mampu, mereka akan membeli apa saja yang dia mahu. Ali tahu bahawa kepandaiannya berguna untuk menukar nasib keluarganya. Dia perlu rajin belajar untuk mendapat pekerjaan yang baik. Dia berjanji akan membawa ibu bapanya keluar dari kampung supaya ibunya tidak lagi perlu membasuh pakaian di rumah orang setiap pagi. Bapanya juga tidak akan perlu berlari ke sana sini mencari makan. Kadang-kadang, bapanya kelihatan tersangat letih apabila balik dari menangkap ikan di sungai. Kemudian dia terpaksa menjual ikan-ikan itu di serata kampung. Dengan duit yang dia dapat, dia membeli buku-buku sekolah Ali. Selama dua bulan, Ali tidak dapat membantu bapanya menangkap dan menjual ikan sebab dia terpaksa mengulangkaji untuk peperiksaannya. Keputusan peperiksaan ini akan menentukan sama ada dia akan mendapat biasiswa untuk belajar di luar negeri. Dan keputusan ini telah diterimanya. Apabila berita baik diterima oleh Ali, ibu bapanya memang tidak terkejut. Mereka tahu bahawa hasil kerja kuat dan kerajinan Ali, dia telah mencapai cita-citanya untuk belajar di luar negeri. Dan mereka membenarkan Ali pergi untuk masa depannya dan juga masa depan mereka. For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 9
9 0546/02/M/J/04 [Turn over 17 Bagaimanakah keadaan hidup keluarga Ali? …[1] 18 Apakah dua sifat yang terdapat pada Ali? (i) …[1] (ii) …[1] 19 Apakah yang Ali perlu buat untuk menukar hidup mereka? …[1] 20 Apakah pekerjaan ibu Ali dan juga bapanya? … …[2] 21 Apakah yang dibeli oleh bapa Ali dengan duit yang dia dapat? …[1] 22 Mengapakah Ali tidak dapat menolong bapanya dalam masa dua bulan yang lepas itu? …[1] 23 (a) Apakah perasaan ibu bapa Ali semasa dia mendapat peluang untuk pergi belajar di luar negeri? …[1] (b) Dan mengapa? …[1] [Jumlah: 10 markah] For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 10
10 0546/02/M/J/04 Latihan 2 Soalan 24 24 Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda yang baru untuk memperkenalkan diri anda. Ceritakan tentang perkara-perkara berikut: • diri anda; • hobi atau minat anda; • keluarga anda; • tanya dua soalan mengenai diri sahabat pena anda yang baru ini. Kawanku … …………………………………………………………………………………………… … …………………………………………………………………………………………… … …………………………………………………………………………………………… … … … … … … … … Yang benar, … [Jumlah: 15 markah] For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 11
11 0546/02/M/J/04 [Turn over BLANK PAGE PLEASE TURN OVER FOR SECTION 3
Question paper, page 12
12 0546/02/M/J/04 Bahagian 3 Latihan 1 Soalan 25–29 Baca keratan berita ini dan pilih jawapan yang betul: Kuala Lumpur (Ahad): Dua orang pelajar sebuah sekolah telah mendapat pujian selepas berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak kecil yang jatuh ke dalam sungai. Asahari Awang, 14 dan Ismail Usman, 13 sedang berjalan pulang ke rumah mereka di Kampung Lama apabila mereka terdengar jeritan seorang budak. Mereka berlari ke arah sungai berdekatan dan ternampak Azizan Yahya, 6 tahun, di dalam air. Menurut Ketua Polis Daerah Kampung Lama, Inspektor Azman Hassan, kedua-dua orang pelajar itu tidak membuang masa dan terus terjun ke dalam sungai itu dan menarik keluar kanak-kanak itu. Mereka kemudiannya memanggil ambulans yang membawa kanak-kanak itu ke hospital. “Tindakan segera oleh Asahari dan Ismail telah menyelamatkan nyawa Azizan,” kata Inspektor Azman. Kedua-dua ibu dan bapa Azizan, Yahya Umar dan Aishah Arof, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua-dua orang pelajar itu. “Azizan sedang bermain di luar rumah dan saya sedang masak di dapur semasa kejadian itu berlaku. Saya dengar Azizan menyanyi-nyanyi. Dia tidak pernah pergi ke sungai seorang diri sebelum ini. Selepas itu, seorang jiran saya memberitahu bahawa Azizan telah dibawa ke hospital. Saya sangat terkejut dan terus pergi ke sana. Kami sangat berterima kasih kepada pelajar- pelajar ini,” kata Aishah. Menurut Inspektor Azman, kedua-dua orang pelajar itu akan menerima hadiah wang daripada Pegawai Daerah Kota Lama itu sebagai penghargaan. For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 13
© UCLES 2004 13 0546/02/M/J/04 [Turn over For Examiner’s Use 25 Apakah yang dilakukan oleh Asahari Awang dan Ismail Usman? Berjalan ke sekolah. Menyelamatkan kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai. Memanggil polis ke sungai itu. Meminta pertolongan daripada ibu bapa kanak-kanak itu. [2] 26 Apakah sifat yang terdapat pada Asahari dan Ismail? takut mati murah hati berani pemalu [2] 27 Apakah ibu kanak-kanak itu sedang buat semasa kejadian ini berlaku? Dia sedang menyanyi di dapur. Dia sedang melawat jirannya. Dia sedang bermain dengan Azizan. Dia sedang sibuk memasak. [2] 28 Apakah perasaan ibu bapa Azizan? Mereka bersyukur anak mereka selamat. Mereka bersedih. Mereka rasa bimbang. Mereka rasa marah dengan Azizan. [2] 29 Apakah yang akan berlaku kepada Asahari dan Ismail? Mereka akan dibawa ke balai polis. Mereka akan diberi penghargaan. Mereka akan balik ke sekolah. Mereka akan ditegur kerana mandi dalam sungai. [2] [Jumlah: 10 markah] A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D
Question paper, page 14
14 0546/02/M/J/04 Latihan 2 Soalan 30–35 Sebagai seorang penulis majalah sekolah anda, anda diminta menemubual guru besar anda mengenai program tukar menukar pelajar. Aman: Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menemubual Encik Bakar. Bagaimana program tukar menukar ini bermula? En Bakar: Ini bukanlah program yang baru dan telah pun dijalankan di beberapa buah sekolah. Saya telah mendapat senarai beberapa buah sekolah di Britain, Australia dan Amerika Syarikat yang mempunyai minat mengambil beberapa orang pelajar sekolah kita dan pada masa yang sama, pelajar mereka akan datang belajar di sini. Aman: Bagaimanakah program ini akan dijalankan? En Bakar: Setakat ini kami adakan rancangan belajar mengenai negara masing-masing menerusi internet. Misalnya pelajar-pelajar kita belajar mengenai sejarah United Kingdom, mengenai penduduknya, industri, iklim dan bermacam- macam lagi. Selain daripada itu mereka berinteraksi dengan para pelajar di sebuah sekolah di sana yang juga mempelajari mengenai Malaysia. Aman: Berapa orang pelajar akan dipilih? En Bakar: Lima orang pelajar akan dipilih. Mereka mestilah mencari penaja mereka sendiri untuk membiayai kos penerbangan, dan perbelanjaan selama tiga bulan di sana. Pihak sekolah di sana akan mencari keluarga angkat untuk mereka. Aman: Dan bagaimana pula dengan para pelajar dari United Kingdom? En Bakar: Kami akan carikan keluarga angkat untuk mereka dan aturkan program yang bukan sahaja bermakna mereka belajar dalam kelas sahaja tetapi juga melawat tempat-tempat bersejarah dan bergaul dengan orang-orang tempatan. Aman: Siapakah yang boleh menjadi penaja para pelajar yang ingin menyertai program ini? En Bakar: Selain daripada ibu bapa mereka, mereka juga boleh meminta syarikat- syarikat yang mahu membantu mereka. Aman: Apakah yang pelajar harus buat untuk menyertai rancangan ini? En Bakar: Mereka akan diminta mengisi borang dan menulis satu karangan menerangkan mengapa mereka layak dipilih untuk menyertai program tukar menukar ini. Dan, seperti yang saya katakan tadi, lima calon dipilih menjelang bulan Mac tahun depan, dan mereka mesti mempunyai bukti yang mereka mendapat tajaan wang untuk pergi ke United Kingdom. Aman: Terima kasih. For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 15
15 0546/02/M/J/04 Jawab soalan-soalan ini: 30 Mengapakah program ini dipanggil program tukar menukar? … …[2] 31 Setakat ini bagaimanakah para pelajar belajar mengenai negara-negara yang terlibat dalam program ini? (i) …[1] (ii) …[1] 32 Mengapakah pelajar yang menyertai program ini memerlukan wang? …[1] 33 Apakah yang akan dilakukan oleh pihak sekolah En Bakar untuk para pelajar yang akan datang? (i) …[1] (ii) …[1] 34 Apakah syarat-syarat penyertaan para pelajar yang akan dipilih untuk menyertai program ini? (i) …[1] (ii) …[1] 35 Apakah bukti yang diperlukan oleh pihak sekolah sebelum keputusan dibuat? …[1] [Jumlah: 10 markah] For Examiner’s Use © UCLES 2004
Question paper, page 16
16 0546/02/M/J/04 BLANK PAGE University of Cambridge International Examinations is part of the University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES), which is itself a department of the University of Cambridge.