Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 — 2003 May/June Paper 2 · Variant 1

0546/21/M/J/03

The question paper and its mark scheme, free to read here and free to download. This is Cambridge’s own paper, exactly as it was sat.

← All Malay - Foreign Language papers

Question paper16 pages

Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 1 of 16
Page 1 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 2 of 16
Page 2 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 3 of 16
Page 3 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 4 of 16
Page 4 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 5 of 16
Page 5 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 6 of 16
Page 6 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 7 of 16
Page 7 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 8 of 16
Page 8 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 9 of 16
Page 9 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 10 of 16
Page 10 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 11 of 16
Page 11 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 12 of 16
Page 12 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 13 of 16
Page 13 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 14 of 16
Page 14 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 15 of 16
Page 15 of 16
Cambridge IGCSE Malay - Foreign Language 0546 2003 May/June Paper 2 · Variant 1 question paper, page 16 of 16
Page 16 of 16

Mark scheme

No mark scheme is in the library for this paper.

Paper as text

Question paper, page 1

This document consists of 14 printed pages and 2 blank pages. BR (TC) S39428/4 © CIE 2003 [Turn over CAMBRIDGE INTERNATIONAL EXAMINATIONS International General Certificate of Secondary Education FOREIGN LANGUAGE MALAY 0546/02 Paper 2 Reading and Directed Writing May/June 2003 1 hour 30 minutes Candidates answer on the Question Paper. No Additional Materials are required. READ THESE INSTRUCTIONS FIRST Write your Centre number, candidate number and name on all the work you hand in. Write in dark blue or black pen in the spaces provided on the Question Paper. Do not use staples, paper clips, highlighters, glue or correction fluid. Answer all questions in Section 1 and Section 2. You may also attempt Section 3. The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each question or part question. At the end of the examination, fasten all your work securely together. Centre Number Candidate Number Name If you have been given a label, look at the details. If any details are incorrect or missing, please fill in your correct details in the space given at the top of this page. Stick your personal label here, if provided. FOR EXAMINER’S USE Section 1 Section 2 SUB-TOTAL Section 3 TOTAL www.XtremePapers.com

Question paper, page 2

2 0546/02/M/J/03 Bahagian 1 Latihan 1 Soalan 1–5 Jawab soalan 1–5 dengan memilih salah satu jawapan yang paling tepat di antara A, B, C atau D. 1 Sebelum peperiksaan, setiap orang pelajar dinasihatkan supaya selalu... mengulangkaji main permainan komputer ponteng sekolah pergi ke doktor [1] 2 Anda menang peraduan mengarang dengan hadiah sebanyak RM1,000. Anda berasa... curiga iri hati bingung gembira [1] 3 Anda diberi sebuah bilik kosong di dalam asrama. Anda memerlukan... binatang kesayangan kerusi meja alat sukan pakaian [1] A B C D A B C D A B C D For Examiner’s Use

Question paper, page 3

0546/02/M/J/03 3 For Examiner’s Use 4 Kawan anda mahu maklumat mengenai Malaysia sebelum ia melawat Malaysia. Di manakah anda boleh mendapat maklumat untuknya? Pejabat Pelancongan Pejabat Kewangan Jabatan Pendidikan Balai Bomba [1] 5 Selepas makan hidangan utama, biasanya kita akan makan... pembuka selera sayur pencuci mulut sup [1] [Jumlah: 5] A B C D A B C D [Turn over

Question paper, page 4

4 0546/02/M/J/03 Latihan 2 Soalan 6–9 Perhatikan gambar-gambar di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan di bawah dengan menandakan jawapan yang betul. 1 4 3 2

Question paper, page 5

0546/02/M/J/03 [Turn over 5 6 Gambar satu menunjukkan... para pelajar makan di kantin para pelajar bermain bola para pelajar keluar selepas tamat sekolah para pelajar belajar di dalam bilik darjah [1] 7 Apakah yang sedang dibuat oleh para pelajar dalam gambar 2? mereka berebut-rebut menaiki bas mereka duduk di dalam bas mereka menunggu bas tiba mereka bertumbuk turun dari bas [1] 8 Apakah yang berlaku dalam gambar 3? bas melanggar kereta seorang pelajar jatuh guru kena rompak ambulans tiba. [1] 9 Pada pendapat anda, apakah yang mungkin digambarkan dalam gambar 4? pelajar yang jatuh itu bangun semula dan berebut menaiki bas guru menyuruh pelajar beratur pelajar dibawa ke rumah sakit ibu pelajar datang menjemput pelajar [1] [Jumlah: 4] For Examiner’s Use A B C D A B C D A B C D A B C D

Question paper, page 6

6 0546/02/M/J/03 Latihan 3 Soalan 10–15 Baca notis di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya: Tandakan benar atau salah bagi soalan-soalan berikut ini: Benar Salah 10 Notis di atas ialah mengenai rayuan untuk mendapat sukarelawan. [1] 11 Mangsa kebakaran ditempatkan di Sekolah Rendah Semporna. [1] 12 Sekolah tidak akan dibuka lagi. [1] 13 Orang yang tidak boleh membina rumah tidak perlu pergi. [1] 14 Mereka juga memerlukan pakaian dan selimut. [1] 15 Derma yang dikutip ialah untuk membayar sukarelawan. [1] [Jumlah: 6] For Examiner’s Use SUKARELAWAN & DERMA DIPERLUKAN Kebakaran Kampung Setiawan baru-baru ini amat menyedihkan. Dua puluh keluarga kehilangan rumah mereka dan beberapa orang cedera parah. Buat masa ini mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Semporna. Sekolah akan buka semula dalam masa sebulan dan mereka perlu dipindahkan semula. Masyarakat Kampung Setiawan telah memulakan usaha untuk menolong mangsa-mangsa kebakaran ini dan sukarelawan diperlukan untuk membina semula rumah-rumah yang terbakar. Sesiapa yang ada masa lapang dan boleh meluangkan masa selama tiga atau empat jam sehari, datanglah untuk menolong. Anda tidak perlu mempunyai kepandaian membina rumah. Kehadiran anda untuk membantu sudah mencukupi. Kami bukan sahaja memerlukan tenaga untuk membina rumah-rumah ini, tetapi juga mereka yang boleh menyediakan makanan dan minuman untuk pekerja-pekerja sukarelawan. Lain-lain bantuan termasuklah derma pakaian-pakaian lama dan selimut. Derma untuk Tabung Kampung Setiawan juga diterima dengan tangan terbuka. Terima kasih di atas sambutan anda.

Question paper, page 7

0546/02/M/J/03 [Turn over 7 Latihan 4 Soalan 16 16 Anda sedang bercuti. Hantar poskad kepada seorang kawan anda mengenai: • tempat anda tinggal semasa bercuti; • bila anda tiba di sana; • apa yang anda suka mengenai tempat itu. [Jumlah: 5] For Examiner’s Use … … … … … … … … … … … … Azizah Aziz –––––––––––––––––––––––––––– 40, Jalan Bunga –––––––––––––––––––––––––––– Kuala Lumpur 23450 –––––––––––––––––––––––––––– MALAYSIA ––––––––––––––––––––––––––––

Question paper, page 8

8 0546/02/M/J/03 Bahagian 2 Latihan 1 Soalan 17–25 Baca pengumuman di bawah ini dan jawab soalan-soalan berikut. LAWATAN SAMBIL BELAJAR Sekolah Menengah Tanjung Putri berancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke London, United Kingdom pada bulan Jun 2004. Selain daripada melancong ke negara asing, kita akan berpeluang untuk mengenali budaya dan tradisinya. Beberapa program telah diaturkan untuk melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik yang akan menambahkan pengetahuan kita sambil kita menikmati negara orang. Lawatan ini akan berlangsung selama seminggu. Tempat penginapan akan diaturkan dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di London. Berikut ialah beberapa tempat yang dicadangkan: 1 Lawatan ke parlimen British di mana ahli-ahli politik British berkumpul untuk membincangkan dan membahaskan isu-isu penting negara. Kita akan berpeluang untuk menghadiri satu sidang perbahasan. 2 Lawatan ke Muzium Victoria & Albert, di mana tersimpan barang-barang lama yang ada kaitan dengan mata pelajaran sejarah bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5. 3 Melawat sebuah sekolah menengah di kota London di mana terdapat penuntut berbilang bangsa. 4 Lawatan sehari ke Stratford-upon-Avon – tempat lahir William Shakespeare. Ini akan merupakan lawatan menarik bagi mereka yang belajar sastera. Kos lawatan ini dianggarkan sebanyak RM5000 dan ini termasuklah tambang, tempat tinggal, makan dan kenderaan. Bayaran boleh dibuat secara beransuran setiap bulan. Sesiapa yang berminat hendaklah membayar wang pendahuluan sebanyak RM200 sebelum 4 Oktober 2003.

Question paper, page 9

0546/02/M/J/03 [Turn over 9 17 Apakah yang dirancangkan oleh Sekolah Menengah Tanjung Putri? …[1] 18 Apakah faedah lawatan ini? …[1] 19 Siapakah yang akan menguruskan tempat penginapan? …[1] 20 Apakah yang akan dapat dilihat di parlimen? …[1] 21 (a) Pelajar Tingkatan berapakah yang akan mendapat manfaat daripada lawatan ke Muzium Victoria & Albert? …[1] (b) Apakah yang akan mereka lihat di sana? …[1] 22 Pelajar bangsa apakah yang belajar di sekolah yang mereka akan lawati? …[1] 23 Apakah yang akan memanfaatkan pelajar-pelajar sastera? …[1] 24 Bagaimanakah cara pembayaran dibuat? …[1] 25 Bilakah tarikh terakhir membuat bayaran pendahuluan? …[1] [Jumlah: 10] For Examiner’s Use

Question paper, page 10

10 0546/02/M/J/03 Latihan 2 Soalan 26 26 Tulis sepucuk surat kepada kawan anda mengenai sekolah anda. • Ceritakan tentang apa saja mengenai sekolah anda. • Apa yang anda suka mengenai sekolah anda. • Apa yang anda tidak suka mengenai sekolah anda. • Apa yang anda ingin ditukar di sekolah anda. … … … … … … … … … … … … … … [Jumlah: 15] For Examiner’s Use

Question paper, page 11

0546/02/M/J/03 [Turn over 11 BLANK PAGE PLEASE TURN OVER FOR SECTION 3

Question paper, page 12

12 0546/02/M/J/03 Bahagian 3 Latihan 1 Soalan 27–32 Baca temubual di bawah ini antara seorang wartawan dengan pemenang peraduan cerpen. Kemudian pilih jawapan yang betul. 27 Apakah yang mendorong Cik Naemah untuk menulis cerpennya? pengalamannya sendiri cerita orang lain rekaan semata-mata cerita televisyen [1] For Examiner’s Use Wartawan: Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan tahniah kepada Cik Naemah kerana memenangi peraduan ini. Apakah yang mendorong Cik Naemah menulis? Naemah: Saya menulis dari pengalaman saya sendiri dan juga dari apa yang saya lihat di sekeliling saya. Saya telah banyak melibatkan diri dalam kesatuan anak-anak yatim. Saya sendiri anak yatim (ibu bapa saya sudah lama meninggal) dan saya tahu bagaimana pahitnya hidup tanpa mengetahui dan mengenali ibu bapa sendiri. Wartawan: Bilakah Cik Naemah mula menulis dan apakah yang mendorong Cik Naemah untuk menulis? Naemah: Saya mula menulis tahun lepas tetapi berhenti sekejap apabila saya dihantar berkursus di luar negeri. Saya menulis semula apabila saya terbaca mengenai pertandingan ini dalam sebuah majalah pada awal tahun ini. Wartawan: Apakah yang Cik Naemah akan lakukan dengan wang kemenangan sebanyak RM3000 itu? Naemah: Saya telah dibesarkan dalam rumah anak yatim. Di situlah saya mendapat kebanyakan pengalaman yang saya tuliskan dalam cerpen saya. Jadi, saya akan menderma kesemua wang hadiah itu kepada rumah anak yatim yang banyak menolong saya. Wartawan: Ini bukanlah cerpen pertama anda. Bilakah anda akan menulis novel pula? Naemah: Saya telah mula menulis novel tetapi saya juga sibuk dengan kerja saya sebagai jururawat. Jadi, saya tidak tahu bila saya dapat menghabiskannya. Wartawan: Apakah nasihat Cik Naemah kepada mereka yang ingin menulis cerpen atau novel? Naemah: Kita mestilah banyak membaca, banyak membuat kajian dan mesti sensitif terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Wartawan: Terima kasih, Cik Naemah dan sekali lagi, tahniah. A B C D

Question paper, page 13

0546/02/M/J/03 [Turn over 13 28 Mengapakah Cik Naemah berhenti menulis sekejap? kerana dia kehabisan ilham untuk ceritanya dia dihantar ke luar negeri untuk mengikuti kursus dia malas menulis dia tidak ada masa untuk menulis [1] 29 Selain daripada cerpen, apakah yang Cik Naemah buat? dia mengajar menulis dia menjaga anak dia merawat orang sakit tidak membuat apa-apa [1] 30 Apakah yang akan dibuat oleh Cik Naemah dengan wang hadiahnya itu? dia akan menolong pihak yang membantunya dia akan berbelanja semasa bercuti di luar negeri dia akan menyimpan wang itu di bank dia akan menderma kepada penulis muda yang menulis cerpen [1] 31 Apakah perasaan Cik Naemah selepas keluar dari rumah anak yatim? kecewa terhadap layanan sedih kerana melihat keadaan sekelilingnya marah kerana tidak ada ibu bapa sangat berterima kasin kerana layanan yang diterimanya [1] 32 Apakah nasihat penulis ini kepada mereka yang minat menulis? cubalah menulis seminggu sekali perhatikan apa berlaku di sekeliling sertailah peraduan menulis banyaklah mengikuti kursus [1] [Jumlah: 6] For Examiner’s Use A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D

Question paper, page 14

14 0546/02/M/J/03 Latihan 2 Soalan 33–40 Baca cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. For Examiner’s Use PENANTIAN SEORANG IBU Tahun ini emak mula mengemas bilik abang awal-awal lagi. Sarung bantal yang tak pernah diguna, ditukar lagi. Almari pakaian yang masih kemas, dikemaskan semula. Begitulah kebiasaannya setiap tahun selama empat tahun yang lepas ini. Tidak pernah dikatakan apa yang ada di dalam hati emak. Dia membuat kerja hariannya seperti biasa – pergi ke pasar, masak, mengemas. Tapi, tidak pernah lagi kami rasakan daging rendang yang abang suka makan, tidak lagi kami dengar lagu kegemaran abang dan tidak lagi kami dengar nama abang disebutnya. Hari raya tahun ini genaplah empat tahun abang tidak bersama kami. Entah apa yang berlaku, abang meninggalkan rumah tanpa meninggalkan apa-apa pesanan. Dia sudah bertunang dengan Kak Nas dan menanti masa saja untuk berkahwin. Mereka sudahpun melihat rumah yang mereka akan beli. Semuanya berjalan dengan baik – tapi sehari sebelum Hari Raya, dia hilang begitu saja. Pejabatnya sering menelefon rumah. Kawan-kawannya juga tidak tahu menahu dia di mana. Tunangnya sampai hari ini tidak berkata apa-apa. Tapi nampaknya dia sudah ada teman baru. Emak tidak mahu masuk campur. Tapi emak mahu tahu mengapa abang menghilangkan diri begitu saja dan Kak Nas sedikitpun tidak peduli. Dengar juga cakap orang yang abang kecil hati kerana Kak Nas berkawan dengan orang lain. Ibu mencari abang hingga ke Singapura, di rumah Pak Lang. Tapi tak juga berhasil. 'Sudahlah! Dia dah dewasa – tahulah dia menjaga diri!' pernah dia mengeluh sendirian. Sejak Abah meninggal dunia, abanglah menjadi harapan ibu. Kini, dia juga meninggalkan kami. Pagi Hari Raya, ibu menyiapkan rendang kesukaan abang. Kakak dan aku hairan. Tak pernah emak buat begini sejak abang pergi. Dia melihat kami makan rendang, tapi dia sendiri tidak menyentuhnya. Tiba- tiba pintu depan diketuk orang. Kami terperanjat. Siapa agaknya yang melawat sebelum sembahyang Hari Raya? Emak dengan tenang menyediakan cawan dan pinggan yang setiap tahun disediakan di tempat duduk abang. Suara Kakak yang menjerit dengan gembira menceritakan segala-galanya …

Question paper, page 15

33 Mengapakah emak mengemas bilik abang penulis walaupun bilik tidak perlu dikemas? …[1] 34 Apakah perubahan dalam sikap ibu sejak abang penulis meninggalkan mereka? (i) …[1] (ii) …[1] (iii) …[1] 35 Apakah yang menunjukkan abang penulis dengan Kak Nas akan berkahwin? (i) …[1] (ii) …[1] 36 Menurut kata orang, mengapakah abang penulis meninggalkan mereka? …[1] 37 Apakah sikap Kak Nas terhadap kehilangan abang penulis? … …[2] 38 Selepas gagal mencari abangnya di Singapura, apakah perasaan ibu penulis? … …[2] 39 Apakah yang menghairankan penulis dan kakaknya pada hari raya ini? … …[2] 40 Mengapakah, agaknya, kakak menjerit dengan gembira? …[1] [Jumlah: 14] 0546/02/M/J/03 15 For Examiner’s Use